Lapan negeri diberi amaran ribut petir, hujan lebat

January 29, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah, menurut laporan Bernama.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron dan di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah di Hulu Selangor.

Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang terlibat ialah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah.

Berita berkaitan
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 11 negeri, Wilayah Persekutuan
May 4, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok