Lapan kawasan rekod IPU tak sihat berjerebu, Cheras tertinggi

October 9, 2023 · Isu semasa

Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras di sini merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan di Selangor merakamkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153, lapor Bernama.

Kawasan Nilai di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU 151, manakala Bukit Rambai, Melaka 153.

Sementara itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kualiti udara di Sri Aman catat IPU tak sihat: Laporan
October 4, 2023· Isu semasa
Celcom mula uji 5G, tawar data tanpa had percuma di lokasi terpilih
September 14, 2022· Isu semasa
Fenomena air pasang besar: 62 kawasan di Klang berisiko banjir
September 12, 2022· Isu semasa
Malaysia kekal destinasi Kategori 3 berisiko tinggi Covid-19: CDC
July 26, 2022· Dunia
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
18 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok