Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan

June 10, 2023 · Isu semasa

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berharap kerajaan akan melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai antara RM500,001 dan RM1 juta hingga akhir 2025 berbanding akhir 2023 apabila membentangkan Belanjawan 2024.

Katanya ini akan menyelaraskan tempoh pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai RM500,000 dan ke bawah, iaitu sehingga akhir 2025, menurut laporan Bernama.

“Langkah ini dijangka membantu meningkatkan jualan hartanah baharu berharga antara RM500,000 dan RM1 juta dengan impak daripada kadar pinjaman tinggi.

“Kami turut berharap institusi kewangan akan terus menyediakan pakej gadai janji rumah yang menarik untuk pembeli rumah kali pertama sebagai menyokong Program Pemilikan Rumah,” katanya dalam kenyataan.

Pada suku pertama 2023, sektor hartanah kediaman mencatatkan 153,923 transaksi bernilai RM20.9 bilion, merosot 6.6 peratus dari segi jumlah dan 9.1 peratus dari segi nilai tahun ke tahun.

Selain itu, semua pindahan hartanah berdasarkan cinta dan kasih sayang antara pasangan, ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu akan diberi pengecualian duti setem sepenuhnya yang terhad kepada RM1 juta pertama nilai hartanah.

Menurut ACCCIM, langkah ini akan turut menggalakkan pemilikan rumah kali pertama dan menyokong pembangunan hartanah kediaman, yang memberi prospek yang baik kepada industri sokongan lain.

Pengecualian duti setem akan memberi penjimatan kepada pembeli rumah.

Ia menganggarkan langkah tersebut akan memberi penjimatan sebanyak RM11,500 untuk hartanah berharga RM500,000 dan RM21,750 untuk hartanah bernilai RM1 juta.

Dalam pengumuman Belanjawan 2023, kerajaan melaksanakan pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk hartanah berharga RM500,000 dan ke bawah hingga akhir 2025 dan pengecualian 75 peratus untuk hartanah berharga antara RM500,001 dan RM1 juta (dari 1 Jun hingga akhir 2023).

Berita berkaitan
Muhyiddin kemuka pembelaan terhadap saman Guan Eng
April 26, 2023· Politik
Dewan Negara: Kerajaan digesa perkenal semula GST
April 3, 2023· Isu semasa
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023· Isu semasa
Kerajaan mohon lucut hak wang, aset bekas pengarah eksekutif 1MDB
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
8 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok