Langkah tangani kejatuhan ringgit dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini

October 10, 2023 · Isu semasa

Keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit yang semakin merudum berbanding dolar Amerika, merupakan antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), dalam sidang dewan yang memasuki hari kedua, lapor Bernama.

Pada sesi sama, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

Perdana Menteri juga akan menjawab persoalan yang diajukan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau), berhubung fokus kerajaan dan dana untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi Sabah dan Sarawak, susulan pemindahan ibu negara Indonesia, Nusantara ke Kalimantan Timur.

Sementara itu pada sesi jawab lisan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) meminta Menteri Pendidikan Tinggi, menyatakan adakah kementerian itu berhasrat untuk meneliti dan mengkaji semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk jurusan undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain itu, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) pula, meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah kementerian itu berhasrat untuk membina lebih banyak pusat pendidikan teknik dan vokasional, khusus untuk pelajar OKU selepas tamat sekolah menengah.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan bacaan kali yang pertama Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.

Persidangan kali ini berlangsung selama 32 hari sehingga 30 Nov.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
52 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok