Langgar SOP, 67 premis termasuk kilang diarah tutup semalam

July 13, 2021 · Isu semasa

Pihak berkuasa meneruskan penguatkuasaan tegas terhadap premis yang melanggar prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang Covid-19, semalam sebanyak 67 premis termasuk kilang diarah tutup serta-merta.

Penutupan tersebut meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan hasil hasil pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang; 16,822 premis perniagaan; 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh, dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan, kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Sementara itu, 416 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dan daripada jumlah itu seramai 372 individu dikompaun, manakala 44 lagi direman semalam.

Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis sebanyak 97 kes; tiada penjarakan fizikal (35); gagal mendaftar masuk premis (74); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (43); membawa penumpang berlebihan (39); tidak memakai pelitup muka (58); premis gagal patuhi arahan (enam) dan lain-lain kesalahan sebanyak 64.

Mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan itu, melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan dan Kampung Telaga & Kampung Pituru, Pitas, berkuatkuasa 15 sehingga 28 Julai.

Turut dikenakan PKPD, FELDA Jengka 8, Jerantut, Pahang berkuatkuasa bagi tempoh sama.

Selanjutnya, beliau berkata tiga PKPD ditamatkan seperti dijadualkan mulai esok iaitu, Kampung Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu; Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah; dan dua lokaliti di Kuala Lumpur iaitu PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.

“Dua lagi PKPD iaitu Taman Merbau Utama di Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Jaya Baru di Kunak, Sabah yang masing-masing dijadualkan tamat pada 18 dan 19 Julai, turut ditamatkan lebih awal esok,” katanya.

Berita berkaitan
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok