Kurang ajar desak Agong tak ampun Najib, kata Zaid Ibrahim

September 14, 2022 · Isu semasa

Peguam kanan Datuk Zaid Ibrahim mengecam Presiden Majlis Peguam Karen Cheah kerana kenyataannya bahawa pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mempermainkan sistem keadilan negara.

Dalam rakaman video di Facebooknya hari ini (14 September), Zaid mempersoalkan motif Majlis Peguam di sebalik kenyataan itu.

“Seolah-olah jika Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan diraja kepada Najib. Apakah motif sebenar kenyataan penuh tekanan ini?” soal beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana kuasa pengampunan sebenarnya merupakan penghormatan undang-undang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Jadi kita semua mesti menghormati kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong… kepada semua Raja-Raja… ini harus dihormati oleh semua rakyat Malaysia.

“Tak kena lah jika contohnya Sultan Kelantan beritahu Sultan Terengganu… janganlah ampunkan kesalahan… itu sudah mencampuri kuasa Sultan Terengganu… begitulah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurutnya apa yang menyedihkan ialah tekanan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong ini sudah melampau, seolah-olah ianya satu tekanan supaya pengampunan tidak diberi.

“Ini sudah sikap kurang ajar. Kita semua mesti menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong… baginda tahu lah nak mengampunkan atau tidak,” katanya dipercayai merujuk kepada petisyen dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Najib.

Zaid turut memetik contoh pengampunan sedemikian di Amerika Syarikat, apabila bekas presidennya Donald Trump mengampuni 70 individu hanya dalam satu penggal memegang jawatan.

“Tiada siapa yang mengatakan sistem keadilan di sana cacat atau terjejas apabila ini berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa anggota tentera yang menyebabkan kematian kanak-kanak di Baghdad telah menerima pengampunan.

Semalam (13 September) Karen dalam kenyataannya berkata walaupun Najib berhak memohon pengampunan diraja, meluluskan permohonan itu sejurus selepas dia memulakan tempoh penjara 12 tahunnya akan mempermainkan sistem keadilan jenayah dan kedaulatan undang-undang negara.

“Adalah pendirian Badan Peguam Malaysia bahawa pengampunan penuh seawal-awalnya akan dianggap sebagai pramatang memandangkan bekas Perdana Menteri itu masih menghadapi banyak pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.

“Satu preseden berbahaya akan ditetapkan jika pengampunan diraja diberikan dalam kes ini, ia akan kelihatan mereka yang memegang jawatan eksekutif berkuasa pada masa lalu dan masih menghadapi tuduhan jenayah yang sama di hadapan mahkamah adalah di atas undang-undang atau tidak boleh dicela,” kata Cheah.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok