Kritik lawatan PM ke Arab Saudi, aktivis disiasat SKMM

May 18, 2023 · Isu semasa

Gara-gara kenyataan di Facebook yang dikendalikannya mengkritik dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini.

Halimah Nasoha yang memberi keterangan selama dua jam hari ini berkata siasatan itu berkait dengan hantaran-hantaran di akaun Facebooknya yang mengkritik pemimpin tanpa dituju seara langsung kepada Anwar.

“Saya tidak pun membuat sebarang kenyataan yang direct atau secara langsung mengenai perdana menteri.

“Bagaimanapun saya membuat hantaran tersebut atas dasar kritikan dan bukan penghinaan di mana saya membuat komen yang adil dan sifat berkepentingan awam,” katanya di luar pekarangan pejabat SKMM, lapor MalaysiaNow.

Halimah hadir bersama peguamnya, Zaid Malek jam 10.15 pagi tadi memberitahu dirinya tidak pernah dimaklumkan mengenai subjek siasatan oleh SKMM sehingga ianya didedahkan ketika sesi ambil keterangan yang bermula jam 11.25 pagi tadi.

Dalam pada itu, peguamnya memberitahu Halimah disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Zaid menegaskan sekiranya pihak perdana menteri berasa tidak senang atau tidak berpuas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh anak guamnya, beliau boleh menggunakan prosedur yang lebih adil dan mengikut lunas undang-undang.

“Tapi kenapa ada layanan istimewa? Seharusnya PM bukan menggunakan jentera SKMM untuk menyangkal (kenyataan).

“Boleh saman malu atau saman fitnah di mahkamah,” katanya.

Zaid turut mempersoalkan pendirian kerajaan campuran itu terutamanya Pakatan Harapan (PH) yang sangat menentang penggunaan akta tersebut ketika berada di blok pembangkang namun kini menggunakan akta yang sama ketika menjadi kerajaan.

“Kalau benar Kerajaan Madani ini adil dan mahu tegakkan hak asasi manusia, sepatutnya (siasatan) berhenti di sini sehingga betul-betul ada pertuduhan di mahkamah.

“Hentikan siasatan terhadap Halimah dan orang-orang lain juga,” katanya

Sementara itu,  sumber SKMM memberitahu skop siasatan terhadap media sosial Halimah dengan nama Yi Ma Nas itu melibatkan hantaran status beliau yang mengkritik lawatan Anwar ke Arab Saudi pada Mac lalu.

Pada 8 Mei, Halimah menerusi akaun Facebook berkongsi satu tangkap layar menunjukkan perbualan beliau dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai timbalan pengarah SKMM.

Dalam hantaran tersebut, Halimah menyifatkan beliau diugut oleh individu tersebut untuk hadir ke pejabat agensi tersebut jika tidak mahu tempat kerja atau kediamannya diserbu pihak berkuasa.

Bercakap mengenai hal itu, Halimah berkata beliau berasa terancam dan takut apabila mendapati kehadirannya ke ibu pejabat SKMM turut diiringi pegawai polis lengkap berpakaian seragam dan anggota unit cawangan khas (SB) selain individu yang bertindak memberi ugutan kepadanya, awal bulan lalu.

“Saya macam dilayan seperti pengganas seolah-olah saya melakukan jenayah yang amat berat.

“Beliau (pegawai SKMM) pun ada di sini dan minta saya padamkan hantaran tangkap layar itu” katanya.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023· Isu semasa
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
54 minit lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok