KPM siasat sekolah jemput Haqiem Stopa: Radzi

July 7, 2022 · Isu semasa

Sekolah yang menjemput pempengaruh, Haqiem Stopa akan disiasat kerana menjemputnya sebagai penceramah dalam satu program motivasi baru-baru ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti tindakan sewajarnya terhadap sekolah yang membuat jemputan tersebut memandangkan ia tidak dimaklumkan dan garis panduan mungkin akan dikaji semula, kata Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Biasanya, sekolah akan jemput penceramah-penceramah untuk berbincang tentang perkara-perkara yang ingin disentuh.

“Ini nak kena rujuk balik garis panduan berkaitan penceramah-penceramah. Jadi, kena tengok garis panduan dahulu, pastikan kalau ada perkara sebegini, kita selesai secara baik. Jadi kita siasat dahulu apa sebenar yang berlaku,” katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi 2021.

Kehadiran Haqiem Stopa di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah tular di media sosial sehingga mengundang kecaman apabila dikatakan tidak sesuai dijemput sebagai penceramah.

Bagaimanapun, penganjur program Cerita Orang Gagal (COG), Rizan Hasan menjelaskan, program itu merupakan perkongsian mengenai peluang kedua seseorang individu selepas menghadapi kegagalan masa lalu yang boleh dijadikan pengajaran kepada murid di masa akan datang.

Dalam pada itu, Radzi enggan masuk campur terhadap isu 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dibatalkan keputusan sejarah atas alasan tidak mengikut peraturan.

“Ini berkaitan keputusan Lembaga Peperiksaan. Lembaga Peperiksaan satu badan bebas maknanya saya sendiri hormati protokol Lembaga Peperiksaan berkenaan perkara dilaksanakan.

“Sekiranya perkara-perkara dilaksanakan memenuhi protokol ditetapkan Lembaga Peperiksaan, maka kita menghormati keputusan dibuat lembaga, selagi Lembaga Peperiksaan memenuhi protokol-protokol pada peraturan mereka, maka kita hormati,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Pengasas syarikat penerbangan, isteri dan anak direman empat hari
October 18, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok