Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia

March 24, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di sini, beliau berkata kerajaan baharu di bawah kepimpinannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI, menurut laporan Bernama.

“Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.

“Kami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam (IsDB) di sini hari ini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) semalam (Rabu) bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.

Anwar berkata kedua-dua negara menjalinkan perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.

“Kami telah mempunyai beberapa bentuk pelaburan dalam infrastruktur (dari Arab Saudi di Malaysia)… dan mengagumkan (Malaysia) yang mempunyai ekonomi kecil berbanding Arab Saudi, mempunyai pelaburan di Arab Saudi.

“Saya menggesa anda untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan berikutan langkah ini akan memberikan banyak perbezaan kepada dunia Islam, justeru itu, menggalakkan ekonomi yang lebih rancak,” katanya.

Beliau turut berkongsi dengan para hadirin berkenaan potensi Malaysia dan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan sehingga menarik minat Amazon Web Services (AWS) baru-baru ini untuk membuat keputusan melabur sebanyak RM25.5 bilion di negara ini.

Anwar yang juga gabenor IsDB bagi Malaysia berkata, usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan pusat bank itu di Kuala Lumpur menjadi benar-benar signifikan.

“Gunakan pusat ini untuk semua bidang termasuk penyelidikan halal, malah vaksin, berikan tumpuan kepada cabaran baharu, sains, teknologi, inovasi, sekuriti makanan, pendigitalan, dan kecerdasan buatan.

“Pusat Kecemerlangan IsDB Kuala Lumpur mesti bersedia untuk meneroka bidang dan disiplin baharu ini yang boleh memanfaatkan umat,” katanya.

Berita berkaitan
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu· Isu semasa
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
20 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok