KKMM bincang kos bil bulanan tinggi dengan penyelia telekomunikasi

September 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan kemudahan yang disediakan kepada rakyat itu sesuai dengan bayaran yang dikenakan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata beliau mengambil maklum mengenai kos yang perlu ditanggung oleh rakyat untuk membiayai bil bulanan secara relatif yang masih tinggi, berbanding pendapatan bulanan.

“Satu-satunya industri yang agak mempunyai daya tahan dari segi catatan kadar keuntungan termasuk sewaktu pandemik (Covid-19) adalah industri telekomunikasi.

“Seperti prinsip LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) jika anda mengutip lebih banyak, anda perlu mengagihkan dan berusaha untuk memberi semula dengan lebih banyak kepada rakyat, jadi atas semangat yang sama saya harap akan dapat kerjasama apabila melakukan keterlibatan supaya kemudahan infrastruktur yang ada akan membolehkan ketersambungan lebih baik bukan sahaja dari segi ketersediaan tetapi juga kualiti dan kelajuan supaya sesuai dengan kos,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu menghadiri Program CSR Prihatin LHDN kepada 31 orang penerima di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala, Peringat hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh sekali lagi menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet perlu dianggap sebagai hak asasi kepada semua orang.

“Insya-Allah setelah sesi rundingan dan libat urus bersama pemegang taruh nanti, saya akan maklumkan usaha penambahbaikan bukan sahaja kepada ketersambungan dan ketersediaan Internet malah kualiti yang dapat kita berikan dalam bidang ini.

“Ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak, kementerian akan mengambil langkah tersebut kerana saya juga ingin menjaga industri telekomunikasi supaya sentiasa harmonis dan berkembang dengan baik, subur tetapi pada masa yang sama hendaklah sentiasa menjaga kepentingan pengguna serta rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok