KKM cari alternatif terbaik atasi rawatan tertunggak: Khairy

September 24, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pelbagai kaedah untuk menyelesaikan isu rawatan tertunggak di fasiliti kementerian termasuk memperluas penyumberluaran perkhidmatan perubatan.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia turut meliputi perbincangan dengan Hospital Angkatan Tentera Malaysia dan Hospital Pengajar Universiti berkaitan mengenai perkara yang boleh dibantu.

Beliau berkata KKM telah memulakan penyumberluaran perkhidmatan perubatan (pesakit bukan Covid-19) kepada pihak hospital swasta sejak 2020 bagi menangani isu rawatan tertunggak.

“Walaupun penyumberluaran telah dimulakan semenjak 2020, jumlah kes tertunggak masih tinggi memandangkan terdapat limitasi seperti kekurangan kepakaran di fasiliti swasta serta kekurangan hospital swasta di beberapa negeri,” katanya lapor Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 bagi mengulas jumlah kes tunggakan bukan Covid-19 di fasiliti KKM.

Data sehingga 1 Sept menunjukkan sejumlah 57,355 kes tertunggak direkodkan bagi kes pembedahan dan prosedur perubatan.

“Sebanyak 93.8 peratus atau 53,785 adalah kes-kes tunggakan kes pembedahan yang meliputi pembedahan am, urologi, pembedahan paediatrik, pembedahan plastik dan rekonstruktif, pembedahan kardiotorasik, ginekologi, ortopedik dan oftalmologi.

“Daripada jumlah tersebut, 97.4 peratus atau 52,373 merupakan kes tunggakan pembedahan bukan kanser manakala 2.6 peratus atau 1,412 melibatkan kes kanser,” katanya.

Sementara itu, 6.2 peratus atau 3,570 (daripada keseluruhan 57,355 kes tunggakan) adalah tunggakan untuk prosedur perubatan meliputi angiogram dan radioterapi serta rawatan lain.

Daripada angka 3,570 berkenaan, Khairy berkata 2,964 (83 peratus) merupakan kes tunggakan bukan kanser, 15 peratus atau 534 melibatkan kes kanser, dan dua peratus atau 72 kes untuk prosedur transplan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok