KJ dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75

October 27, 2021 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei tahun depan

Khairy menerusi ciapan Twitter beliau yang menzahirkan ucapan terima kasih atas pemilihannya itu berkata suara Pasifik Barat akan dibawa ke persidangan dunia itu nanti.

“Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO kerana sebulat suara memilih Malaysia sebagai Naib Presiden WHA 2022. Kami akan membawa suara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia itu khususnya mengenai prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti,” katanya memetik laporan Bernama.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu merupakan satu penghormatan besar kepada Malaysia dan ia akan menjadi peluang untuk meneruskan peranan lebih besar dalam arena kesihatan global.

“Hari ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 di Himeji Jepun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dipilih sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-75.

“WHA terdiri daripada 194 negara anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO. Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 tahun hadapan mewakili semua 37 negara anggota dari rantau Pasifik Barat,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Malaysia juga dilantik sebagai lembaga eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok