Kita mula melihat cahaya di hujung terowong, kata Muhyiddin

September 30, 2021 · Isu semasa

Hasil semangat kebersamaan rakyat dalam membantu usaha kerajaan menangani cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara, kini kita mula melihat cahaya di hujung terowong, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata krisis kesihatan paling buruk yang dihadapi negara dan dunia tidak dinafikan menguji kerajaan dan rakyat khususnya yang terjejas punca pendapatan mereka, namun langkah tegas kerajaan menangani pandemik sudah menampakkan hasil yang positif kini.

Jelas Muhyiddin, pentadbirannya terdahulu mengambil langkah yang drastik ntuk menyelamatkan nyawa rakyat dan memelihara ekonomi daripada terjejas lebih teruk.

“Dalam masa-masa sukar sebelum ini, Kerajaan pimpinan saya telah bertindak tegas untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan memelihara ekonomi daripada terjejas lebih teruk.

“Kita mengambil langkah drastik menutup sempadan negara dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang belum pernah dibuat sebelum ini,” katanya di Dewan Rakyat semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini.

Untuk rekod, semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai lebih RM530 bilion diumumkan untuk rakyat, memberikan bantuan tepat pada masanya dan sangat diperlukan.

“Dengan ketahanan, kesabaran, dan semangat kebersamaan Malaysia Prihatin, Kerajaan dengan sokongan petugas barisan hadapan dan segenap lapisan rakyat hasilnya pada hari ini, kita mula melihat cahaya di hujung terowong,” katanya lagi.

Menurut mantan Perdana Menteri (PM) itu lagi, hasil langkah yang proaktif diambil kerajaan dalam pemberian vaksin Covid-19 diperkenalkan semasa pentadbirannya dan diteruskan kerajaan baharu juga sudah berjaya dan negara hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK merupakan kejayaan terbesar negara yang menyaksikan Malaysia antara negara terpantas di dunia dalam liputan vaksinasi populasi dewasa.

“Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat 28 September, sejumlah 19,912,566 individu atau 85.1 peratus sudah lengkap divaksinasi manakala 21,993,709 individu atau 94 peratus telah menerima sekurangkurangnya satu dos vaksin,” katanya lagi.

Menyentuh berhubung RMK-12, Muhyiddin berkata merupakan yang pertama kali dibentang pada ketika negara masih berdepan cabaran Covid-19 dan ia amat penting bagi memastikan perancangan negara berjalan mengikut sasaran yang ditetapkan agar dapat memulihkan semula ekonomi dan membantu rakyat yang terjejas.

“RMK-12 akan menjadi `kick-start’ untuk mengembalikan era kemakmuran yang pernah kita nikmati bersama, malah mungkin lebih baik lagi, di mana kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kelestarian pembangunan diutama dan transformasi struktur ekonomi diperkukuhkan,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
9 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok