‘Kita ada pelan sokongan jika vaksin AstraZeneca tak sesuai’

April 4, 2021 · Isu semasa

Pakar tempatan akan bermesyuarat Selasa ini bagi mengetahui lebih lanjut data klinikal vaksin AstraZeneca selepas beberapa negara menggantung penggunaannya berikutan kesan ke atas penerima.

Pada masa sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan mempunyai pelan sokongan jika Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memutuskan vaksin AstraZeneca tidak sesuai digunakan.

“Kita ambil maklum bahawa terdapat beberapa kes dalam berita dan kes dikenal pasti daripada badan kawal selia perubatan UK berkenaan pembekuan darah.

“Kalau terpaksa tangguh AstraZeneca atau mendapati bahawa ia tidak sesuai (digunakan), beberapa perancangan lain termasuk pelan sokongan akan dilaksanakan,” katanya.

Kerajaan Belanda hari ini menggantung sementara penggunaan vaksin Covid-19, AstraZeneca, sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima lima laporan penerimanya mengalami darah beku dengan palet darah yang rendah.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Jerman menghentikan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca bagi penerima berumur di bawah 60 tahun

Semalam, badan kawal selia perubatan United Kingdom mengesahkan tujuh daripada 30 individu, mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca meninggal dunia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, beberapa pelan sokongan sudah dilihat termasuk tawaran dos tambahan daripada Pfizer-BioNTech.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok