Ketika rakyat Selangor berdepan bencana, MP Amanah berada di gunung salji Iran

December 20, 2021 · Isu semasa

Penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain ketika ini sedang berdepan bencana banjir besar yang menyebabkan kerosakan harta benda dan ramai yang hilang tempat tinggal, bagaimanapun seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang nampaknya seronok bercuti di luar negara.

Kelibat MP Amanah Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus nampaknya tidak kelihatan bagi membantu orang ramai di Parlimennya yang terjejas akibat bencana banjir, rupa-rupanya beliau didapati sedang seronok bercuti di luar negara.

Malah, Hasanuddin sendiri berkongsi dalam akaun Facebooknya status sedang bercuti di pergunungan Tochal Iran pada ketinggian 5,000 kaki bersama isterinya pada 18 Disember baru-baru ini.

Selangor antara negeri yang paling terjejas teruk akibat banjir yang melanda selepas hujan turun tanpa henti untuk beberapa hari.

Hulu Langat antara kawasan yang terjejas dalam bencana banjir yang melanda negara pada 18 Disember, banyak kerosakan harta benda dan ramai juga yang hilang tempat tinggal.

Keadaan selepas banjir di Hulu Langat.

Ribuan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Langat selepas paras air yang tinggi naik secara mendadak ekoran hujan yang tidak berhenti.

Tiga kematian direkodkan di PPS di Hulu Langat, manakala ratusan kediaman dan kenderaan musnah selepas daerah ini dilanda banjir pada Ahad.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr Aini Ahmad berkata, jumlah kematian di PPS itu berdasarkan laporan PPS Hulu Langat yang diterima setakat jam 1.15 petang pada Ahad.

Selain itu, kawasan lain di Selangor seperti Shah Alam boleh dikatakan lumpuh ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri Selangor itu dengan majoriti kawasan dinaiki selain jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar raya itu terputus.

Ribuan orang terperangkap kerana ada yang tidak boleh keluar dari Shah Alam, sementara yang berada di luar pula tidak boleh pulang ke rumah masing-masing di Shah Alam kerana jalan-jalan utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) ditenggelami air.

Perkongsian di media sosial juga menunjukkan banyak kawasan perumahan di Shah Alam dinaiki air ekoran hujan yang berterusan sejak semalam.

Selain itu, kawasan-kawasan lain di Selangor turut berdepan situasi sama apabila ramai masih terperangkap di kediaman masing-masing kerana kelewatan pasukan penyelamat datang membantu.

Jumlah taburan hujan beberapa hari sebelum ini di Selangor, menyamai taburan sebulan, sekali gus mengakibatkan air sungai melimpah dan banyak kawasan dilanda banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok