Kesan negatif vape jangka panjang

August 25, 2021 · Isu semasa

Pada awal kemunculan e-rokok atau vape, ramai beranggapan kaedah ini membantu mengikis tabiat merokok. Kini e-rokok yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan perokok.

Pelbagai spekulasi timbul apabila rokok versi elektronik ini semakin mendapat sambutan. Jika dahulu perokok seolah-olah berbangga ketika menghisap sebatang rokok, kini ramai yang merasakan mereka berada di kelas tersendiri apabila menghisap e-rokok.

e-rokok juga mengandungi cecair nikotin yang membawa padah kepada pengguna kerana bahan itu meningkatkan ketagihan merokok. Sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna menunjukkan e-rokok juga mampu merosakkan paru-paru mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit.

Sehingga kini, e-rokok yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu masih belum disahkan lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

Menurut Pakar Respiratori Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Muhammad Redzwan S. Rashid Ali, rokok elektronik adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan aerosol atau wap hasil dari pemanasan satu cecair untuk dihisap oleh pengguna. Rokok elektronik generasi baru lebih dikenali sebagai Vape.

“Vape yang ada di pasaran terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.

“Penggemar vape menjadikan isu berhenti merokok sebagai punca mereka terus menghisap vape. Walaupun tiada kajian ilmiah tepat, sebahagian besar penggemarnya mendakwa vape tiada kesan kepada kesihatan seperti rokok yang dipenuhi nikotin dan bahan toksid lain.

“Perkara utama yang perlu dilihat adalah vape sebagai satu proses penggunaan rokok elektronik. Isunya lebih tertumpu kepada kandungan rokok elektronik itu sendiri, antaranya bahan-bahan di dalamnya,” jelasnya.

Tambah Dr, Muhammad Redzwan, nikotin adalah bahan yang mendatangkan ketagihan. Bagi kanak-kanak atau remaja yang menggunakan vape dengan kandungannya mempunyai nikotin, mereka mungkin berdepan masalah ketagihan pada usia muda.

Bahan lain dalam vape antaranya adalah Prolylene glycol dan glycerin. Dua bahan yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan.

Dalam pada itu, Prolylene glycol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma.

Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG.

“Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan.

“Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman,” katanya.

Mengulas tentang trend vape, beliau memberitahu, anak muda kita kerap kali tertarik kepada sesuatu yang kita anggap sebagai selamat, hip dan trendy.

Antara produk yang baru dan trendy ini termasuklah, merokok, minuman teh boba, makanan segera tinggi garam dan semuanya mempunyai kesan sampingan yang merosakkan.

“Kebanyakan kesan buruk ini tidak muncul dalam jangka masa pendek. Namun kesan jangka panjangnya hanya akan dapat dilihat selepas berpuluh-puluh tahun dan amat sukar dibuktikan dalam kajian skala kecil.

“Oleh kerana itu, kebanyakan kesan jangka panjang ini kekal berterusan tanpa disedari, sungguhpun amaran dan nasihat diberikan. Malangnya, perundangan kurang berjaya dalam mengekang budaya lazim seperti ini, dan akhirnya mengakibatkan kos dan kesan terhadap kesihatan yang tinggi.

“Sebagai contoh vape atau rokok elektronik (e-cig). Terma e-cig dan vape digunakan secara bertukar-ganti kerana perbezaan antara kedua-duanya adaah kecil. E-cig biasanya kecil dan berbentuk seperti pen, sementara vape pula adalah peranti kecil yang juga dirujuk sebagai vaporizer. E-cigs selalunya mengandungi nikotin, sementara vape pula menggunakan e-juice yang mungkin mengandungi nikotin,” jelasnya.

Justeru, Malaysia perlu mengambil pendirian tegas, bukan sahaja untuk memantau tetapi meregulasi penggunaan vape, terutamanya produk-produk tidak berdaftar dan pemasaran online yang berleluasa sekarang.

Kanak-kanak tidak boleh didedahkan kepada vaping sama sekali, dan semua peranti harus mempunyai ciri keselamatan dari kanak-kanak, serta penalti yang berat terhadap sesiapa yang menjualnya kepada kanak-kanak.

Label yang betul perlu diwajibkan bagi mengkhaskan penjualan kepada orang dewasa sahaja.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok