MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis

September 22, 2023 · Politik

Satu laporan polis dibuat terhadap jurugambar Perdana Menteri (PMX) ekoran satu hantaran berbentuk fitnah yang dikongsinya dalam media sosial oleh Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Tanah Merah itu menafikan dirinya seorang perokok seperti yang didakwa dalam gambar ditularkan oleh jurugambar PMX, Sadiq Ashraf baru-baru ini sehingga diminta memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Beliau turut menyifatkan tindakan Sadiq Ashraf memuat naik imej berkenaan di laman sosial X sebagai berniat jahat dan fitnah, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu mendakwa penyiaran gambar tersebut bermotif politik sekali gus menjejaskan imejnya sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Untuk makluman, saya juga telah menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta saya memberikan penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul) berhubung gambar tersebut.

“Saya sama sekali tidak mempunyai apa-apa masalah untuk memberi penjelasan, tetapi pada masa sama memohon jasa baik Tan Sri Speaker untuk turut meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Dewan Rakyat bagi mengetahui kedudukan sebenar.

“Selain itu saya juga memohon Speaker Dewan Rakyat meminta @sadiqasyraf yang bertanggungjawab merakam foto itu menyerahkan kepada pihak Speaker Dewan Rakyat semua gambar saya yang dirakam oleh beliau pada ketika itu. Saya yakin dan percaya beliau ada mengambil beberapa gambar ketika saya sedang berjalan keluar, namun sengaja memaparkan gambar dari satu sudut untuk memperlihatkan seolah-olah sedang menghisap vape,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham berkata, tindakan undang-undang tersebut dilakukan bagi menuntut Sadiq Ashraf membuat permohonan maaf yang disifatkan telah menjejaskan reputasi selain menjadi mangsa serangan dalam media sosial.

Beliau turut mencabar mana-mana pihak yang menuduhnya sebagai perokok membuktikan dakwaan itu dengan menunjukkan imej sedang merokok dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.

“Cabaran saya ini bukanlah bermakna saya bersikap kebudak-budakan atau mahu menunjukkan keangkuhan tetapi ia bagi membuktikan ketegasan saya tidak akan berkompromi dengan politik fitnah seperti mana dilakukan oleh pemilik akaun @sadiqasyraf,” ujarnya.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
1 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
1 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok