Kes sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu semalam: KKM

April 10, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 15,132 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 10,177 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam itu, 10,124 adalah kes tempatan dengan 96.8 peratus adalah warganegara dan 26.4 peratus bukan warganegara manakala 53 kes import pula terdiri daripada 73.6 peratus warganegara dan 26.4 peratus bukan warganegara, lapor Bernama.

“Sebanyak 486 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 198 kes atau 40.7 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya 288 kes atau 59.3 peratus adalah kategori satu dan dua,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 108 pesakit semalam dengan peratusan penggunaan ventilator adalah 12 peratus.

Mengenai fasiliti kesihatan khusus untuk kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata hanya Selangor mencatatkan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu 58 peratus dan hanya negeri Selangor juga merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 51 peratus.

Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada negeri yang mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah kluster yang aktif kini adalah 129 kluster.

Menurutnya kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.83 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.93 dan Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.65.

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
30 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
45 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
1 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok