Kes harian hari ini turun, kadar jangkitan Covid-19 di Perlis tinggi

December 4, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun semula kepada 4,896 kes hari ini berbanding 5,551 yang dicatat dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,654,474 kes, dengan sehingga semalam seramai 2,556,554 pesakit telah sembuh.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara adalah 0.97.

Perlis kekal merekodkan kadar kebolehjangkitan yang tertinggi iaitu sebanyak 1.16, meningkat semula berbanding Rt 1.12 yang dijangkakan pada Khamis.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Semalam, jumlah jangkitan di Perlis naik dua kes menjadi 49 kes berbanding 47 yang dicatat dalam tempoh 24 jam pada Khamis. Manakala jumlah kes aktif di negeri itu turut meningkat kepada 436 kes, menjadikan kumulatif positif sebanyak 6,466 kes, sementara 5,908 pesakit sembuh, dan 126 kematian.

Daripada jumlah kes aktif di Perlis itu, 366 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 13 ditempatkan di PKRC; 56 dimasukkan ke hospital; dan seorang pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) serte memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dua negeri lain iaitu Selangor dan Kuala Lumpur pula mencatat Rt 1.01, manakala negeri-negeri lain merekodkan Rt antara 0.73 hingga 0.99.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok