Tiga kes kematian baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam dengan sebanyak 2,345 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan.
Keseluruhan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,600,736 kes dan kematian 35,819.
Menurut data di laman web CovidNow, ia membabitkan 2,342 kes penularan tempatan sementara tiga kes import.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 35,716 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 34,411 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 21 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,232 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,384 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Tiada kluster baharu direkodkan, semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif.