Kes di 12 negeri naik, 240 pesakit perlukan alat bantuan pernafasan

December 7, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes baharu di beberapa negeri turut meningkat seiring kenaikan jumlah keseluruhan jangkitan hari ini sebanyak 4,965 kes, berbanding 4,262 semalam.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri seluruh Malaysia hari ini, 12 negeri merekodkan peningkatan kes baharu harian, manakala kes di empat negeri turun.

Peningkatan kes harian dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi membabitkan, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Sabah, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Putrajaya dan Labuan.

Kes di Selangor meningkat kembali melepasi angka 1,000 apabila merekodkan 1,196 jangkitan baharu hari ini berbanding 868 semalam, menjadikan kumulatif positif sebanyak 761,498 kes, berbanding 734,237 pesakit yang sembuh, manakala 9,822 pesakit meninggal dunia.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan 17,816 kes aktif dengan 15,775 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,063 ditempatkan di PKRC; 898 dimasukkan ke hospital; dan 80 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 49 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain yang melaporkan peningkatan kes membabitkan Kelantan sebanyak 573 kes baharu berbanding 562 semalam; Pulau Pinang (388 kes baharu, 243 semalam); Kuala Lumpur (380 kes baharu, 240 semalam); dan Kedah (365 kes baharu, 357 semalam).

Pahang pula merekodkan sebanyak 363 kes baharu berbanding 278 semalam, diikuti Sabah (307 kes baharu, 271 semalam); Terengganu (219 kes baharu, 201 semalam); Negeri Sembilan (212 kes baharu, 189 semalam); Perlis (46 kes baharu, 34 semalam); Putrajaya (33 kes baharu, 29 semalam); dan Labuan 23 kes baharu, lapan semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah pesakit yang kini dirawat di ICU di hospital seluruh negara turun kepada 437 kes, berbanding 463 pesakit semalam.

Menurutnya daripada jumlah itu 240 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi juga seramai 4,817 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,576,870 kes, berbanding 2,667,999 kumulatif kes positif.

“Daripada 4,965 kes baharu hari ini, 29 pesakit termasuk tujuh bukan warganegara adalah kes import, dan selebihnya adalah kes tempatan yang turut melibatkan 221 bukan warganegara,” katanya.

Katanya daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini juga, 96 kes atau 1.9 peratus membabitkan pesakit kategori 3, 4, dan 5; manakala 4,869 kes (98.1 peratus) lagi pesakit kategori 1 dan 2.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh itu sebanyak sembilan lagi kluster baharu dikesan.

Ini menjadikan keseluruhan sejak awal tahun lalu sebanyak 5,992 kluster dengan 5,757 telah ditamatkan dan 235 kluster lagi masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok