Kes berprofil tinggi juga disiasat SPRM, bukan bilis sahaja

September 27, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencari kaedah terbaik bagi membolehkan masyarakat tidak terlepas mengikuti perkembangan terkini sesuatu siasatan dan kes dikendalikan SPRM yang dibawa ke mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata langkah ini bagi mengikis persepsi masyarakat terhadap badan itu yang sering dikatakan menahan individu berstatus ‘ikan bilis’ atau golongan bawahan, sebaliknya golongan atasan atau disebut ‘jerung’ terlepas daripada sebarang tindakan, menurut laporan Bernama.

“Berapa banyak ikan bilis SPRM (kenakan tindakan) sekarang berbanding kes berprofil tinggi sebab ini adalah persepsi mereka, kadang-kadang mereka tertinggal dalam mengikuti laporan (kes SPRM) yang dilaporkan media.

“Setiap kes berprofil tinggi yang kami siasat saya rasa SPRM telah melaporkannya termasuklah pertuduhan…Ini tidak, mereka masih mengatakan (kami hanya siasat) ikan bilis.

“Saya pun tidak tahu adakah tangkapan kes Mitra, 1MDB (1Malaysia Develompent Berhad), SRC International, isu skandal kartel itu dikategori sebagai ikan bilis,” katanya.

Azam berkata, SPRM sentiasa melakukan sebaik mungkin untuk mengambil tindakan terhadap kes rasuah yang membabitkan ketirisan dalam negara sama ada dilakukan ‘ikan bilis’ atau ‘jerung’yang mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara.

“SPRM menjalankan tugas dengan membuat pengesanan, ada kes sebelum ini pegawai kanan kerajaan gred JUSA B kami tahan.

“Individu ini bukan ikan bilis, tetapi seorang yang berprofil tiinggi,” katanya.

Mengenai ada individu ditahan untuk siasatan namun dibebaskan, Azam berkata perkara itu berlaku disebabkan ada kes tertentu yang tidak dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

“Tidak semua kes akan berakhir dengan pertuduhan dikenakan…kita kena terima fakta itu…kita kena hormati keputusan Peguam Negara,” katanya sambil menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak pernah menghalang SPRM menjalankan atau meneruskan siasatan sesuatu kes.

Berhubung salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai SPRM, Azam berkata suruhanjaya itu mempunyai jawatankuasa aduan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah atau salah laku.

“Kami ada jawatankuasa aduan, saya telah buktikan sebelum ini yang kami sendiri mendakwa mereka (anggota dan pegawai SPRM ada masalah tatatertib) di mahkamah jika ada salah laku.

“Saya tidak berkompromi sekiranya ada pegawai atau anggota saya terbabit salah laku.

“Kami tunjuk pada orang awam…tiada benda yang hendak saya sorokkan daripada masyarakat. Jika ada maklumat saya bagi jaminan bahawa kami akan terus menjalankan siasatan,” katanya.

Berita berkaitan
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok