Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat

August 9, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,863 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, Isnin (8 Ogos 2022), berbanding 2,728 kes pada Ahad.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,711,415 kes, dengan 4,631,508 pesakit telah pulih, termasuk 4,752 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah itu, 1,931 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 582 kes (individu lengkap dua dos); 325 (individu tidak divaksinasi); dan 25 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun kepada 43,875 kes berbanding 45,770 yang dicatat pada Ahad, dengan seramai 41,996 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (44,159 pada Ahad), dan 34 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (30 pada Ahad).

Sementara itu, seramai 1,790 pesakit dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,529 pada Ahad, manakala 55 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (52 pada Ahad), dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (36 pada Sabtu).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 900 (1,438,665);
  • Kuala Lumpur – 590 (411,411);
  • Johor – 116 (389,633);
  • Sabah – 245 (383,709);
  • Sarawak – 69 (310,397);
  • Kedah – 130 (305,451);
  • Pulau Pinang – 106 (292,257);
  • Kelantan – 98 (250,163);
  • Perak – 193 (217,221);
  • Negeri Sembilan – 125 (215,108);
  • Pahang – 42 (174,564);
  • Melaka – 115 (130,333);
  • Terengganu – 58 (127,680);
  • Putrajaya – 68 (24,911);
  • Labuan – 4 (21,952); dan
  • Perlis – 4 (17,990).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,032 kes, termasuk 7,656 kes kematian di luar fasiliti kesihatan.

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak, dan masing-masing satu di Kedah, Sabah dan Selangor.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
21 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
2 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
2 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
2 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok