Kes baharu di tujuh negeri naik hari ini, 69 kematian dilapor

October 19, 2021 · Isu semasa

Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini kembali merekodkan jumlah jangkitan yang lebih tinggi berbanding semalam, menurut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri di seluruh negara.

Selangor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, dan Putrajaya merekodkan peningkatan kes, namun masih tidak melepasi empat angka, sementara Perlis kembali mencatat kes satu angka.

Menurut data yang dikeluarkan itu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, Selangor merekodkan 888 jangkitan baharu, berbanding 800 kes semalam, diikuti Sarawak (749 kes baharu, 693 semalam); dan Sabah (695 baharu, 497 semalam).

Pulau Pinang pula merekodkan 393 jangkitan baharu berbanding 232 semalam, diikuti Kedah (352 baharu, 324 semalam); Kuala Lumpur (259 baharu, 223 semalam); dan Putrajaya (29 baharu, 14 semalam).

Sementara itu, data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri juga menunjukkan 69 kematian akibat Covid-19 turut direkodkan hari ini, turun tiga kes berbanding 72 yang dicatatkan semalam.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumakan 5,745 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam itu, menjadikan kumulatif sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,401,866 kes.

Beliau berkata daripada jumlah kes harian hari ini 2.0 peratus atau 115 pesakit melibatkan kategori 3, 4 dan 5, manakala 5,630 lagi atau 98.0 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Menurutnya seramai 682 pesakit kini masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 331 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya dalam tempoh sama 12 kes import turut dikesan, sementara 302 daripada pesakit positif hari ini melibatkan bukan warganegara Malaysia.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak lapan kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 5,695 kluster sejak awal tahun lalu dengan 5,061 telah ditamatkan dan 634 lagi masih aktif.

“Daripada lapan kluster baharu itu, tujuh melibatkan tempat kerja dan satu kluster pendidikan yang dikesan di Port Dickson, Negeri Sembilan membabitkan 33 individu daripada 94 yang disaring,” katanya.

Perak mencatat tiga kluster tempat kerja membabitkan dua di daerah Kinta. Seramai 38 individu disahkan positif Covid-19 di daerah itu daripada 332 individu yang disaring.

Satu lagi kluster tempat kerja di Perak adalah di Hilir Perak melibatkan 19 individu daripada 29 yang disaring.

Selangor pula merekodkan dua kluster tempat kerja iaitu masing-masing satu di Kuala Langat yang melibatkan 15 individu daripada 63 yang disaring, dan daerah Sepang dengan 13 individu dijangkiti (54 disaring).

Johor dan Pahang pula merekodkan satu kluster tempat kerja di mana 13 individu daripada 157 yang disaring di Kluang disahkan positif, manakala 32 individu daripada 129 saringan lagi melibatkan daerah Raub.

Data 19 Oktober 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok