Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul

October 2, 2023 · Isu semasa

Kurang integriti dan ada kepentingan diri dipercayai menjadi motif lima anggota polis ditahan berhubung dakwaan melarikan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Desa Petaling di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata polis telah pun melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tersebut dan menunggu arahan dari Bukit Aman sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, lapor Bernama.

“Memandangkan kes ini melibatkan anggota dan pegawai polis, kertas siasatan akan diserahkan kepada Bukit Aman terlebih dahulu, paling lewat minggu ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Victoria Institution hari ini.

Beliau berkata kelima-lima anggota polis itu masih bekerja dan belum digantung tugas kerana tindakan itu akan hanya diambil seandainya mereka dituduh di mahkamah.

Jumaat lepas, media melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan orang awam dari sebuah kedai makan dan mangsa mendakwa dirinya dilarikan sekumpulan lelaki sebelum dipukul di suatu lokasi di Kuala Lumpur.

Suspek berusia antara 27 dan 42 tahun itu ditahan dengan lima daripadanya adalah anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok