Kereta tertimbus lumpur, 4 budak antara 19 individu diselamatkan

December 20, 2021 · Isu semasa

Empat kanak-kanak berusia empat hingga sembilan tahun adalah antara 19 individu yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peras ke Kuala Kelawang, semalam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Semenyih memberitahu Agenda Daily, seramai 17 mangsa, termasuk kanak-kanak, berjaya dikeluarkan daripada lumpur yang menimbus kenderaan masing-masing.

Mereka yang diselamatkan dalam kejadian itu adalah:

1) Mohamad Shahrul B Zahari, 31 tahun;
2) Idris B Darus, 40;
3) Mohamad Fauzi B Mohd Noor, 43;
4) Ahmad Khairul Kamal B Attan, 37;
5) Nur Hafiza BT Hanit, 36;
6) Muhammad Khairi B Hanit, 28;
7) Zubaidah Bt Mohd Salleh, 54;
8) Zuhaida BT Hanit, 40;
9) Ariza Suhaila BT Hussin, 35;
10) Mohd Azrul B Khomri, 36;
11) Anuar Helme B Zulkifli, 35;
12) Noraliza BT Mohd Ali, 34;
13) Lina Kaisah BT Mohd Azrul, 6;
14) Fateen Kaira B Mohd Azrul, 4;
15) Mia Kaisara B Mohd Azrul, 8;
16) Sofea Eryna BT Anuar Helmi, 9; dan
17) Keisha Adreena BT Anuar Helmi, 5.

Jurucakap itu berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada jam 4.32 petang semalam tiba dilokasi pada 5.54 petang sebelum melakukan operasi pencarian.

Laporan diterima daripada pihak polis mengatakan dua mangsa lelaki terperangkap akibat tanah runtuh di Jalan Genting Peras-Kuala Kelawang.

Pada masa sama bomba juga menerima laporan individu yang terkandas di lokasi yang berbeza di jalan itu, sebelum melancarkan operasi dengan bantuan 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia.

“Seramai 17 mangsa termasuk empat kanak-kanak berjaya ditarik keluar dari lumpur dan dibawa ke tempat selamat,” katanya.

Jurucakap itu berkata, dua mangsa awal diselamatkan ialah Yap Yong Kang, 22 dan Yap James Fong, 23, yang hanya cedera ringan.

Anggota bomba dan PGA melakukan operasi menyelamat mangsa akibat tanah runtuh di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang, semalam. – Gambar FB

Anggota bomba dan PGA membawa kanak-kanak yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang, semalam. – Gambar FB

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok