Kerajaan tak bincang turun harga minyak 10 sen, kata Rafizi

July 28, 2023 · Isu semasa

Setakat ini, tiada perbincangan di peringkat kerajaan bagi menurunkan harga runcit bahan api terutama RON95 dan diesel, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu berkata spekulasi berhubung penurunan harga bahan bakar itu baharu sahaja diketahuinya seperti dikeluarkan badan penyelidik, MIDF Research tetapi menjelaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan pusat.

“Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar, malah tidak pernah ada perbincangan mengenainya. Sebenarnya harga minyak mentah dunia sudah naik kepada AS$70 setong dan pernah mencecah sekitar AS$83 setong.

“Keputusan menurunkan harga bahan api ini sebenarnya di bawah Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan peruntukan subsidi bahan api.

“Mungkin boleh tanya MIDF, mana mereka dapat berita dan desas-desus itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu, Rafizi melancarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, MIDF Research menjangkakan kerajaan akan mempertimbangkan untuk menurunkan harga runcit bahan api dalam jangka terdekat ini terutamanya RON95 dan diesel.

Difahamkan, kerajaan akan membuat pertimbangan itu selepas mengambil kira inflasi makanan yang terus meningkat selain tekanan ke atas pendapatan pengguna.

MIDF menjelaskan, kerajaan dijangka menurunkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok