Kerajaan Johor minta KDN kaji semula syarat MM2H

September 19, 2021 · Isu semasa

Syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diumumkan baru-baru ini perlu dikaji semula, gesa kerajaan Johor.

Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohamad berkata Johor akan terkesan dengan syarat baharu tersebut dan meminta agar syarat lama dapat dikekalkan dan isu tersebut juga sudah dipanjangkan kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Keadaan di Johor berbeza kerana kita berjiran dengan Singapura dan program MM2H adalah satu daripada kekuatan yang banyak memberi faedah dan manfaat kepada kita.

“Jadi, kita berharap KDN bukan sahaja dapat mengkaji semula syarat itu, tetapi juga mencapai satu keputusan dengan segera. Johor amat terkesan dengan apa yang telah diumumkan (syarat baharu) dan kalau boleh syarat lama itu dikekalkan dan peserta tidak terikat dengan syarat baharu,” katanya lapor Bernama.

Hasni terdahulu menyempurnakan Program Penyerahan 46 unit rumah bagi penempatan semula penduduk Kampung Ladang Darat ke Kampung Pendas Baru hari ini.

Beliau mengulas mengenai antara perkara yang dibincangkan menerusi lawatan Tengku Zafrul ke Johor selama dua hari bermula semalam.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini menzahirkan kekecewaan kepada KDN kerana enggan menyemak semula syarat ketat MM2H.

Baginda bertitah Johor adalah antara destinasi popular MM2H selain program itu turut menyumbang kepada pendapatan negeri.

Pada 11 Ogos lepas, KDN mengumumkan MM2H, yang sebelum ini dibekukan, diaktifkan semula dengan penambahbaikan dibuat ke atas dasar dan syarat permohonan bagi tujuan mengimbangi aspek keselamatan dan ekonomi.

Sementara itu, Hasni berkata kerajaan negeri turut menyuarakan hasrat kepada Tengku Zafrul untuk memperluaskan agenda pembekalan makanan dan kesediaan untuk menjadi pembekal produk makanan kepada negara luar.

“Kita telah menerima peruntukan RM35 juta menerusi belanjawan tahun lepas dan akan meminta tambahan belanjawan pada tahun depan untuk menjayakan agenda ini,” katanya.

Hasni berkata Tengku Zafrul juga antara lain turut bersedia untuk melihat semula beberapa insentif kepada sektor elektronik, pembuatan dan petrokimia di negeri ini berikutan keadaan ekonomi yang lembab susulan pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok