Kerajaan arah kilang arak di seluruh negara ditutup serta-merta

June 1, 2021 · Isu semasa

Kerajaan hari ini mengarahkan operasi semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta sepanjang tempoh pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Sebagai makluman, kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini. Kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya menerusi kenyataan satu hari ini.

Untuk rekod sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Pelaksanaan total lockdown fasa pertama di seluruh negara yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh mencecah paras RM4.80 berbanding dolar, terburuk sejak 25 tahun
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok