Kenapa tiada tindakan terhadap Ramasamy seperti pemain hoki wanita kena?

February 12, 2023 · Isu semasa

Baru-baru ini kontroversi tercetus melibatkan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana acara antarabangsa, termasuk Sukan SEA Kemboja 2023.

Alasan pemain negara itu digantung kerana kononnya mengeluarkan kenyataan selepas didapati bersalah memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Keputusan menggantung pemain negara itu mendapat sokongan pula Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diterajui oleh seorang Menteri DAP.

Tindakan tersebut diambil dengan pantas tanpa menghiraukan alasan diberikan Hanis Nadiah yang tidak mempunyai niat untuk menguris perasaan mana-mana individu dan kumpulan kaum dalam negara.

Malahan, Hanis sudah memadam komen berkenaan pada 29 Januari dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya ekoran kekhilafan itu.

Walaupun sudah meminta maaf dan mengakui kekhilafan yang dibuat, namun ia tidak diendahkan oleh KBS dan bertegas untuk meneruskan tindakan yang diambil terhadap pemain negara itu.

Nampaknya hanya kerana satu kenyataan, masa depan pemain negara tersebut dalam arena sukan kini gelap dan tidak boleh bermain lagi.

Ironinya, baru-baru ini seorang pemimpin veteran DAP, P Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang secara jelas menyinggung perasaan kaum Melayu dengan secara terbuka mempertikaikan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ramasamy dalam satu kenyataan semalam, menggesa kerajaan Anwar, melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam, supaya ia tidak lagi hanya didominasi oleh satu kaum.

Katanya, perdebatan bahawa penyertaan ramai orang Melayu dalam sektor awam, bagi mengimbangi dominasi kaum Cina dalam ekonomi seperti dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak lagi boleh diguna pakai.

Ramasamy berkata, dasar perkauman sedemikian tidak lagi boleh dipertahankan terutama ketika kerajaan sekarang berada di tampuk kuasa.

“Memandangkan kepelbagaian ekonomi mengenai pemilikan dan kawalan adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu.

“Dasar perkauman seperti itu tidak boleh dipertahankan lagi, bukan apabila kerajaan perpaduan berkuasa,” katanya dipetik dalam kenyataan di hantaran akaun Facebook miliknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenyataan Ramasamy itu bukan pendirian rasmi DAP dan hanya bersifat peribadi, malah tidak berani menegur Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu yang dilihat mengguris hati orang Melayu.

Malah, DAP sehingga hari ini membisu dan tidak mengeluarkan kenyataan mengulas tindakan Ramasamy tersebut, tiada tindakan juga dikenakan terhadap pemimpin mereka itu.

Ironinya, Menteri KBS daripada DAP pun tidak berani menegur rakan separtinya, Ramasamy berhubung kenyataan tersebut baru-baru ini.

Walaupun dikritik dan dikecam hebat susulan kenyataannya itu, masih tiada permohonan maaf daripada Ramasamy dan hantaran Facebooknya masih kekal tidak dipadamkan.

Adakah ini sikap pemimpin DAP dalam kerajaan campuran sekarang? Jika ia melibatkan pemimpin mereka sendiri, boleh pula mereka diam dan membisukan mulut seolah-olah tidak perlu dihiraukan sentimen orang Melayu?

Harap-harap Menteri KBS boleh memberi ulasan berhubung isu Ramasamy ini, memandangkan berada dalam satu parti.

Adakah disebabkan Ramasamy seorang ahli politik dan Hanis Nadiah seorang ahli sukan, tidak berani tindakan diambil terhadap pemimpin DAP tersebut?

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok