Kenapa Selangor tak guna undang-undang PBT tutup kilang, soal Rafizi

July 11, 2021 · Isu semasa

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan kerajaan negeri Selangor yang tidak menggunakan peruntukan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup operasi kilang-kilang yang didakwa menjadi punca penularan Covid-19 di negeri itu.

Dalam ciapan di Twitter, Rafizi bertanyakan soalan tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memandangkan kerajaan negeri boleh menggunakan peruntukan sedia ada walaupun kilang yang beroperasi mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan MB Amirudin Shari… Kalau MITI bagi lesen pelepasan pun tapi kerajaan negeri (melalui Pihak Berkuasa Tempatan) tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup juga kan?” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat peruntukan dalam Akta PBT bawah Seksyen 102 (s) Akta yang memberi kuasa untuk menggantung sementara operasi kilang-kilang sehingga keadaan kembali terkawal.

“Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan PBT beri kuasa kepada PBT (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian daripada jenis yang memudaratkan orang ramai,” kata Rafizi yang memuatkan tangkap layar bahagian dalam akta tersebut.

Menurut Rafizi, sepatutnya kerajaan negeri boleh menggunakan Akta PBT untuk menggantung operasi kilang yang berada di Selangor walaupun pihak MITI memberikan surat kebenaran.

“Arahan kepada PBT itu datang dari Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan mengikut Seksyen 9 Akta PBT.

“Jadi saya yang rakyat biasa ni tak faham kenapa kita tak pakai Akta PBT untuk counter lesen-lesen yang MITI bagi itu?” katanya lagi.

Pada 6 Julai lalu, media melaporkan bahawa 60 peratus kes kluster tempat kerja pada bulan pertama pelaksanaan sekatan perintah pergerakan penuh (PKP) berpunca dari kilang.

Menurut Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia (MAICCI) yang berkongsi nota taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hujung minggu lalu berhubung perincian kluster.

Menurut nota tersebut, data tersebut mendapati 18,065 kes berkait dengan kilang dalam tempoh bermula 1 Jun hingga 1 Julai, iaitu sebanyak 436 kluster dikesan di tempat kerja dengan 227 dari sektor pembuatan.

Data tersebut juga mendapati 85 kluster sektor pembuatan terletak di Selangor.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok