Kematian Sri Ram: Perbicaraan kes Najib, 1MDB ditangguh hari ini, esok

January 30, 2023 · Isu semasa

Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon perbicaraan itu ditangguhkan hari ini (30 Januari 2023) dan esok.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pagi ini memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa walaupun hari ini dijadualkan untuk meneruskan perbicaraan itu, mereka meminta penangguhan.

“Memandangkan kematian mengejut Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, Yang Arif, kami dengan rendah hati memohon untuk membenarkan penangguhan prosiding hari ini atas dasar pasukan pendakwaan perlu berbincang bagi tujuan penyusunan semula pelbagai tugasan.

“Untuk hari ini, kami memohon penangguhan atas dasar itu. Dan esok, telah ditetapkan waktu pagi hingga 1 tengah hari bagi bukan keluarga memberi penghormatan terakhir. Kami dimaklumkan rombongan akan bertolak pada jam 2 petang untuk pembakaran mayat yang akan diadakan di Nirvana Shah Alam.

“Kami semua, pasukan pendakwaan, memohon kebenaran Yang Arif untuk mengosongkan perbicaraan ini esok bagi membolehkan kami berada di sana untuk kedua-dua majlis.

“Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah ketua pasukan kami sekiranya Yang Arif membenarkannya,” katanya.

Peguam utama pembelaan Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau sama sekali tidak mempunyai bantahan berhubung peristiwa mengejut itu dan mengucapkan takziah kepada pasukan pendakwaan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan berkata perbicaraan akan disambung pagi Khamis ini dengan pemeriksaan balas diteruskan terhadap saksi pendakwaan ke-41 dan bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu.

Perbicaraan 1MDB Najib berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB pada mulanya dijadualkan didengar hari ini, esok, Khamis dan Jumaat untuk minggu ini.

Petang semalam, Sri Ram – yang merupakan ketua pendakwa raya bagi perbicaraan 1MDB – meninggal dunia pada usia 79 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, berikutan jangkitan paru-paru.

Selain perbicaraan 1MDB, Sri Ram juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan Najib berhubung dakwaan mengganggu laporan ketua audit negara pada 2016 mengenai 1MDB.

Sri Ram juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pemintaan dan penerimaan berjuta-juta ringgit sebagai rasuah bagi pertukaran untuk membantu mendapatkan kontrak RM1.25 bilion, dan perbicaraan pengubahan wang haram Rosmah yang berasingan melibatkan lebih RM7 juta.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok