Keluarga dibenarkan melawat semasa Deepavali: Jabatan Penjara

October 21, 2022 · Isu semasa

Ahli keluarga penghuni penjara dibenarkan melawat sempena sambutan perayaan Deepavali, kata Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan Penjara dalam kenyataan mengumumkan ahli keluarga dibenarkan melawat sama ada bersemuka dan dalam talian termasuk bagi penghuni pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney.

“Lawatan menerusi kaedah bersemuka ditetapkan pada hari ketiga (26 Oktober) dan keempat (27 Oktober) perayaan, keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Hindu sahaja.

“Kaedah secara dalam talian pula bermula 29 hingga 31 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu memaklumkan, sesi lawatan bermula pada jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan hanya dibenarkan bagi mereka yang telah membuat janji temu.

“Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu menerusi sistem i-Visit www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan, e-mel atau melalui surat ke institusi berkenaan.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Kenyataan itu turut memaklumkan, setiap pelawat adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika mereka masuk dan keluar dari penjara terbabit.
Pada masa sama, pelawat juga dikehendaki melakukan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR atau ARTK-Ag dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

“Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman kepada penghuni.

“Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok