Kekurangan tepung gandum bukan sebab sekatan eksport India

May 17, 2022 · Isu semasa

Kekurangan bekalan tepung gandum di pasaran seperti yang dilaporkan media ketika ini adalah disebabkan jenama tertentu mendapat permintaan tinggi dan bukan disebabkan tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya adalah dari Australia, lapor Bernama.

“Kalau ada gangguan bekalan mungkin sebab permintaan tinggi bagi sesuatu jenama dan disebabkan itu ia cepat habis. Buat masa ini kita tidak kesan lagi kekurangan gandum di pasaran, kita tidak terima aduan secara langsung kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kita dapat maklumat dari media dan kita siasat seperti di Melaka terdapat kes terpencil sahaja dan bukannya menyeluruh (seluruh negara),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Salam Aidilfitri 2022 Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan setakat ini kekurangan bekalan tepung gandum tidak dilihat sebagai kritikal namun pihaknya terus membuat pemantauan berterusan.

Dalam pada itu, Nanta menjelaskan sekiranya terdapat peningkatan harga tepung gandum ia bukan daripada bekalan yang bersubsidi kerana tepung gandum bersubsidi kekal pada kadar RM1.35 sen bagi satu kilogram.

Katanya negara mencatatkan penggunaan tepung gandum bersubsidi sebanyak 100,000 tan metrik setahun manakala yang tidak bersubsidi sekitar 192,959 tan metrik.

Nanta juga berkata peniaga yang didapati mencatu bekalan tepung berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya KPDNHEP akan memperkenalkan satu inisiatif bagi memudahkan pengguna mengenal pasti produk bersubsidi di pasaran, sekali gus mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok