Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa

September 26, 2023 · Isu semasa

Kedah menjadi negeri keempat membuka pusat pemindahan sementara (PPS) manakala jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak dan Perak kekal setakat 9 pagi ini.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir di PPS di daerah Kubang Pasu yang dibuka 9 malam tadi meningkat kepada 61 orang daripada 18 keluarga pada pagi ini berbanding 21 orang malam tadi, lapor Bernama.

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun serta status semasa air banjir semakin meningkat susulan keadaan hujan renyai.

PPS SMK Changlun menempatkan mangsa dari Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin selepas air mulai naik di kawasan kediaman mereka pada 8.50 malam akibat hujan renyai melebihi lapan jam di daerah berkenaan.

Di Perlis, enam kampung di Kangar, Arau dan Padang Besar dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sepanjang di sekitar Perlis semalam.

Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata hujan berterusan menyebabkan beberapa sungai di negeri ini turut melimpah sehingga memasuki kediaman penduduk.

“Tinjauan kita sejak jam 7.40 malam tadi mendapati kawasan di Ulu Pauh, Arau, terjejas selepas air Sungai Kampung Lalang dan Sungai Kampung Cik Mat Taha mulai naik sejak petang sehingga melimpah memasuki kediaman penduduk di Kampung Ulu Pauh serta Kampung Tengah Ulu Pauh.

“Selain itu, kawasan di Taman Gembira, Repoh di Kangar dan tiga kawasan di Padang Besar, iaitu Sungai Chuchuh dan Sungai Kok Mak di Titi Tinggi Hilir serta Sungai Batu Bertangkup di Chuping, menjadi antara kawasan yang turut mengalami banjir kilat,” katanya dipetik laporan.

Di Perak, jumlah mangsa kekal dengan 38 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Matang Tengah di daerah Kerian yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak masih ditutup kerana air masih belum surut.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir kekal dengan lapan orang daripada tiga keluarga dari Kampung Buluh Balui, Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui.

Di Sabah pula, seramai 134 mangsa daripada 46 keluarga terjejas di Beaufort masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir akibat hujan lebat berterusan.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok