Kawasan Musang King di Baling dipercayai dibalak antara 2018-2019: MB Kedah

July 11, 2022 · Isu semasa

Dakwaan kononnya projek ladang Musang King dimulakan semasa zaman pemerintahan PAS dinafikan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sama sekali.

Sanusi menyanggah tuduhan bekas MB terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang cuba mengaitkan projek Ladang Rakyat yang dimulakan oleh pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini dalam isu banjir kepala air di Baling baru-baru ini.

“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak di antara 2018 dan 2019,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, di zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

Beliau berkata, tender balak berlaku di antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.

“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan Ladang Rakyat dan tanam Musang King.

“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.

“Kawasan Ladang Hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya.

Menurutnya lagi, Mukhriz sebelum ini menggagalkan projek Ladang Rakyat kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.

Beliau juga mendakwa, kelulusan Ladang Hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007.

“Pada zaman Ustaz Azizan (Menteri Besar ketika itu), ia bertukar konsep kepada ladang rakyat. Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.

“Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.

“Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok