Kaedah pinjaman baharu untuk M40 bakal diperkenal PTPTN

September 16, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memaklumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terkini bagi golongan M40 (M1) dan pinjaman komputer riba bagi golongan berkenaan dalam masa terdekat selepas dimuktamadkan.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai kenaikan pinjaman PTPTN kepada golongan itu daripada 75 peratus kepada 100 peratus serta kemudahan pinjaman komputer riba, lapor Bernama.

Dalam kenyataan hari ini, PTPTN menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman tersebut.

“Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PTPTN memaklumkan bahawa peminjam yang menamatkan pengajian bermula 2019 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak membuat permohonan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman, yang dibuka sejak semalam hingga 31 Dis.

“Peminjam boleh memohon secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 (operasi Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang), Live Chat di www.ptptn.gov.my atau media sosial rasmi PTPTN.

Berita berkaitan
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
PRN: Kelantan sedia bas percuma untuk pelajar universiti
July 6, 2023· Politik
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok