Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun

May 28, 2023 · Isu semasa

Susulan penurunan inflasi, Lim Guan Eng mempersoalkan langkah kenaikan kadar faedah semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini.

Bekas menteri kewangan DAP itu berkata laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat lalu mengumumkan penurunan inflasi negara tetapi ia menimbulkan persoalan langkah BNM memutuskan untuk menaikkan OPR.

“Sungguhpun dari Januari hingga April lalu, BNM tidak menaikkan kadar faedah, namun inflasi tetap turun atas usaha Kerajaan Perpaduan di Putrajaya namun pada Mei, BNM tiba-tiba menaikkan kadar faedah yang kita rasa memang tidak wajar.

“Biasanya kadar faedah naik untuk kawal inflasi, tetapi kita lihat inflasi dah turun sungguhpun BNM tidak naik kadar faedah.

“Kita nak tanya mengapa pula sekarang perlu naikkan kadar faedah? Ini hanya akan tambah kos dan bebankan kewangan peminjam, tak kira individu atau peniaga,” katanya dalam hantaran di Facebook.

DOSM mengumumkan kadar inflasi negara menurun kepada 3.3 peratus pada April berbanding 3.4 peratus, Mac lalu sedangkan inflasi teras menurun kepada 3.6 peratus berbanding 3.8 peratus bulan sebelumnya.

Ujarnya lagi, kenaikan kadar faedah berkenaan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi secara langsung, selain turut menyukarkan usaha mengulangi pertumbuhan ekonomi suku pertama sebanyak 5.6 peratus pada suku tahun kedua.

“Kadar faedah tidak dijangka naik bukan hanya pendapat saya, tetapi juga pandangan pakar ekonomi.

“Bloomberg menemuramah 19 pakar ekonomi, 16 daripadanya menjangka kadar faedah kekal, sedangkan hanya tiga orang kata ia naik. Reuters pula tanya 25 pakar ekonomi, dan dapatannya 21 jangka ia kekal sedangkan empat sahaja jangka naik. Maka jelas, 80 peratus daripada pakar ekonomi rasa kadar faedah tak akan naik,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau tahu pandangan kami dan akan memerhati angka-angka ekonomi dan ambil tindakan seterusnya. Kami sememangnya bimbang kadar OPR tinggi akan bawa kesusahan kepada rakyat.

“Seperti yang disebut sebelum ini hanya sektor perbankan akan untung. Kenaikan faedah sebanyak 0.25 peratus baru-baru ini akan tambahkan keuntungan bersih sektor perbankan tahun ini sebanyak lebih RM1 bilion,” katanya.

DOSM baru-baru ini mengumumkan keadaan inflasi Malaysia semakin baik apabila berada pada kadar 3.3 peratus pada April berbanding 3.4 peratus, Mac lalu.

Menurut jabatan berkenaan, inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).

Berita berkaitan
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Saksi dalam kes rasuah terowong Guan Eng nafi beri keterangan palsu
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok