Jumlah mangsa banjir lima negeri hingga tengah malam tadi turun

February 8, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di lima negeri – Pahang, Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu – sehingga jam 12 tengah malam ini, turun kepada 2,914 berbanding 3,690 pada jam 8 malam tadi.

Pahang kekal mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,809 daripada 851 mangsa, dengan Kuantan merekodkan 2,690 mangsa (816 mangsa) yang kini ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara 119 mangsa lagi daripada 35 keluarga di Pekan berlindung di empat PPS.

Di Johor, jumlah mangsa banjir tidak berubah iaitu melibatkan 33 orang daripada 10 keluarga masing-masing 26 mangsa di Segamat dan tujuh di Mersing yang dipindahkan ke dua PPS.

Di Kelantan, 28 mangsa banjir (enam keluarga) dari daerah Pasir Mas masih berlindung di sebuah PPS.

Di Kedah pula, seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga di Kulim ditempatkan di sebuah PPS, manakala 18 mangsa (enam keluarga) di Kemaman, Terengganu berlindung di sebuah PPS.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di lima negeri dan Wilayah Persekutuan, sejingga jam 1 pagi hari ini (Rabu, 8 Februari 2023).

Negeri dan kawasan yang dijangka mengalami keadaan cuaca itu ialah:

  • Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang);
  • Perak (Hulu Perak);
  • Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi);
  • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod); dan
  • Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, kata MetMalaysia dalam kenyataan malam tadi.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
21 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok