Jumlah kematian naik seiring rekod kes baharu harian

July 13, 2021 · Isu semasa

Kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turut bertambah seiring peningkatan kes baharu, dengan merekodkan jumlah tertinggi seramai 125 pesakit, menjadikan keseluruhannya 6,385 kes.

Enam negeri merekodkan kematian tertinggi dengan Selangor sebanyak 57 kes, diikuti Kuala Lumpur (20); Negeri Sembilan (13); Melaka (sembilan) dan masing-masing tujuh kes di Kedah dan Johor.

Kes kematian itu membabitkan 108 rakyat Malaysia dan 17 lagi bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh sama 5,990 pesakit sembuh menjadikan keseluruhannya 753,328 kes telah sembuh.

“Sebanyak 972 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 456 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menjelaskan 96,236 kes lagi masih aktif.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh sama 23 kluster baharu dikesan membabitkan 13 jangkitan tempat kerja dan 10 lagi dalam komuniti menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,116 dengan 870 masih aktif dan 2,246 sudah ditamatkan.

Tujuh kluster baharu dilaporkan di Johor, diikuti Selangor (empat), Kelantan (tiga), masing-masing dua di Melaka, Terengganu, dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kuala Lumpur.

Terdahulu beliau memaklumkan negara merekodkan jumlah kes baharu tertinggi hari ini sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac lalu sebanyak 11,079 kes, termasuk 27 kes import yang turut membabitkan 12 bukan warganegara, menjadikan kumulatif sebanyak 855,949 kes.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521 kes) dan Negeri Sembilan (1,033 kes).

Dr Noor Hisham berkata salah satu faktor peningkatan kes baharu ialah penularan varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak.
“Pemakaian pelitup muka berganda amat digalakkan terutama di kawasan berisiko tinggi kerana penularan jangkitan berlaku secara airbone.

“Penyelesaian kepada pandemik Covid-19 ialah vaksinasi. Vaksin yang lengkap dua dos telah terbukti mengurangkan kematian dan kemasukkan ke hospital. Dengan vaksin, kita akan dapat sesuaikan diri untuk hidup bersama virus ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok