Jumlah dagangan negara meningkat kepada RM231.4 bilion pada April

May 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah dagangan Malaysia pada April 2022 meningkat 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.4 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Eksport meningkat 20.7 peratus kepada RM127.5 bilion manakala import bernilai RM103.9 bilion (+22.0 peratus), lapor Bernama.

Bagi April 2022, eksport pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih meningkat 18.5 peratus tahun ke tahun kepada RM499.9 juta.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata di peringkat negeri, Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih bernilai RM272.7 juta (54.5 peratus), diikuti oleh Selangor (RM104.3 juta, 20.9 peratus) dan Perlis (RM41.0 juta, 8.2 peratus).

“Eksport pada April 2022 meningkat sebanyak RM21.9 bilion (+20.7 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya manakala import juga meningkat RM18.7 billion (+22.0%) pada April 2022 berbanding bulan sama 2021,” katanya dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Pada April 2022, hari ini.

Beliau berkata, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal di kedudukan teratas sebanyak 29.3 peratus dan diikuti oleh Johor (20.0 peratus), Selangor (19.5 peratus), Sarawak (8.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.3 peratus).

Bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.4 peratus), Johor (18.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.3 peratus) dan Kedah (5.7 peratus), kata beliau.

Berita berkaitan
Forex di Malaysia: Memahami dinamik pasaran untuk dagangan lanjutan
March 20, 2024· Rencana
Jumlah dagangan eksport dan import Malaysia menurun setakat Julai 2023
August 28, 2023· Isu semasa
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok