Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan

May 11, 2023 · Isu semasa

Penduduk Malaysia dianggarkan mencecah 33.2 juta setakat suku pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berlaku peningkatan sebanyak 1.6% tahun ini berbanding tempoh sama, tahun lalu dengan 32.6 juta.

Beliau turut memaklumkan terdapat tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada tempoh itu iaitu Selangor 21.7%, Johor 12.3% dan 10.4% di Sabah.

“Jumlah penduduk ini merangkumi 30.4 juta atau 91.7 juta warga negara dan 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warga negara.

“Kenaikan berkenaan disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warga negara dan juga pertambahan penduduk bukan warga negara.

“Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama lalu manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, secara keseluruhan nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warga negara adalah 104 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) kekal pada 7.7 juta pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sementara itu, komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat kepada 23.1 juta daripada 22.6 juta berbanding suku pertama tahun lalu.

“Komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.3 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh yang sama,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata jumlah kelahiran hidup sehingga suku pertama tahun ini merekodkan peningkatan sebanyak 8.9% iaitu 111,604 kelahiran berbanding 102,466 dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Namun katanya statistik itu menunjukkan trend penurunan berbanding suku tahun sebelumnya dengan 113,865 kelahiran.

“Rekod kelahiran bayi lelaki lebih tinggi dengan 57,654 berbanding 53,950 bagi bayi perempuan dan Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 21,148 kelahiran atau 18.9 peratus manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 361 kelahiran atau 0.3 peratus.

“Kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30 hingga 39 tahun iaitu 57,491 (51.5 peratus) diikuti 20-29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) dan kurang daripada 20 tahun (1.6 peratus),” katanya.

Katanya, kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3% atau 3,457 pada suku tahun pertama ini iaitu daripada 3,553 pada suku 2022 kepada 96 kematian. Kematian disebabkan virus berkenaan menyumbang 0.2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun pertama 2023.

“Selangor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi dengan 31 kematian manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Asebanyak 47,767 kematian direkodkan pada suku tahun pertama tahun ini dan angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 11.7% berbanding suku tahun pertama tahun lalu dengan 54,123 kematian.

Tambahnya, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 orang atau 15.8% manakala Putrajaya yang terendah dengan 66 kematian atau 0.1%.

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,357 manakala perempuan sebanyak 20,410 manakala bilangan kematian individu berusia 60 tahun dan ke atas adalah yang tertinggi iaitu 33,687 atau 70.5% diikuti oleh umur 41 hingga 59 (19.9%), 15 hingga 40 tahun (7.1%) dan 2.5% untuk umur 0 hingga 14 tahun,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok