Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan

June 3, 2023 · Isu semasa

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lawatan kerja beliau ke Paris baru-baru ini berupaya mengekalkan momentum positif, mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Perancis serta melipatgandakan usaha ke arah itu.

Katanya Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi, menurut laporan Bernama.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Zambry berkata dalam lawatannya itu beliau sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Catherine Colonna, dan saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu, sebelum pulang ke Malaysia.

Zambry berkata pertemuan itu turut menyaksikan penzahiran pengiktirafan dan pendirian kerajaan Perancis berhubung kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau pada masa yang sama beliau turut menyuarakan pandangan Malaysia terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“…supaya kedua-dua negara mampu memainkan peranan yang penting di platform multilateral, dalam memastikan kestabilan dan keselamatan rantau kekal terpelihara, khususnya yang berkaitan dengan rantau Indo-Pasifik, Laut China Selatan dan ASEAN,” katanya.

Zambry menyifatkan mesyuarat beliau bersama Colonna sebagai perbincangan yang mencorak arah tuju dan kolaborasi yang lebih berimpak tinggi dan memanfaatkan ekonomi kedua-dua negara terutamanya dalam ekonomi hijau, ekonomi digital dan tenaga boleh baharui.

Bernama sebelum ini melaporkan beliau mengadakan lawatan kerja sulung ke Paris bermula 1 hingga 2 Jun sejak pelantikannya sebagai Menteri Luar pada Disember 2022.

Dalam lawatan kerja itu Zambry turut mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay, French Institute of International Relations (IFRI) dan Senat Perancis di Paris.

Pada tahun 2022, Perancis merupakan rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (US$4.19 bilion), peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.

Berita berkaitan
Zahid bidas Isham buat kepala tau, jangan paksa orang terima pendirian peribadi
September 13, 2023· Politik
Perbicaraan kes rasuah Zahid ditangguh, kena pergi mesyuarat Kabinet
August 2, 2023· Politik
Isytihar harta menteri, tunggu format baharu siap : PMO
July 6, 2023· Isu semasa
PKR mesyuarat hari ini bincang soal PRN
June 25, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
22 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
22 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
18 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok