Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan

February 28, 2023 · Isu semasa

Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada 2022, penggunaan ketiga-tiga bahan api itu dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) hanya sekitar 24 peratus, manakala berpendapatan sederhana (M40) sebanyak 41 peratus dan kumpulan T20 adalah 35 peratus, menurut laporan Bernama.

“Dari segi angka ialah RM50.8 bilion, kalau darab dengan 35 peratus yang digunakan T20 nilainya RM17.8 bilion.

“Jika T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, anggaran penjimatan RM15 bilion ke RM17 bilion, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh
gunakan untuk bantu rakyat dalam pelbagai urusan di 26 kementerian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang ingin tahu sama ada langkah kerajaan menggunakan pangkalan data bersepadu dalam mekanisme pemberian subsidi bersasar berkesan untuk mengelak ketirisan, dan bagaimana mereka yang dalam kumpulan M40 yang tercicir ke kumpulan B40 di bandar akan menerima manfaat subsidi bersasar itu.

Ahmad berkata jumlah subsidi yang diberikan untuk diesel pada 2018-2019 adalah RM5.8 bilion hingga RM6.1 bilion, namun subsidi itu meningkat kepada RM8.4 bilion berikutan penggunaannya yang bertambah.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan terus memantau aktiviti penyeludupan petrol dan diesel secara bersepadu bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Katanya, harga RON95 di Malaysia adalah jauh lebih murah iaitu RM2.05 seliter berbanding negara jiran seperti Singapura (RM8.51 seliter), Thailand (RM5.71 seliter) dan Indonesia (RM3.78 seliter).

Ahmad menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mengenai langkah yang diambil kerajaan terhadap individu yang melakukan penyeludupan bahan api tersebut.

Berita berkaitan
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023· Isu semasa
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
June 4, 2023· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
June 4, 2023· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
4 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok