Jangkitan harian di empat negeri naik, Johor catat 376 kes baharu

January 8, 2022 · Isu semasa

Empat negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.

Johor hari ini kembali mencatat peningkatan jangkitan baharu apabila merekodkan 376 kes berbanding 299 kes semalam, setelah turun daripada 410 kes pada Khamis.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif positif di Johor sejak awal 2020 sebanyak 247,815 kes. Sehingga semalam seramai 237,682 pesakit telah sembuh dan 3,876 meninggal dunia.

Setakat ini, Johor mencatat 5,881 kes aktif, termasuk 4,951 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 455 ditempatkan di PKRC; 460 dimasukkan ke hospital; dan 15 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam, seramai 3,043,809 atau 80.5 peratus populasi Johor telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Sebanyak 81.4 peratus atau 3,078,357 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, sementara 743,883 atau 19.7 peratus lagi menerima suntikan dos penggalak.

Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow, sebanyak 30 daripada 1,155 kluster Covid-19 di Johor masih aktif, dengan 19 daripadanya melibatkan tempat kerja.

Sementara itu, Kuala Lumpur turut mencatat peningkatan kes daripada 271 semalam kepada 301 hari ini – naik dua hari berturut-turut, manakala Melaka merekodkan 199 kes baharu (141 semalam), dan Perlis (20 kes baharu, 14 semalam).

Selangor, walaupun mencatat penurunan jangkitan hari ini, kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 871 kes baharu berbanding 879 kes semalam.

Kes berkaitan Covid-19 di negara-negara ASEAN pada 8 Januari 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok