Jangan harap Najib nak dapatkan duit rakyat yang dia curi: Muhyiddin

March 9, 2022 · Isu semasa

Sekiranya Datuk Seri Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri (PM) sebelum dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, jangan harap semua wang rakyat yang dicurinya akan dapat dikembalikan semula.

Langkah untuk mendapatkan semula wang rakyat dicuri bermula dengan inisiatif diambil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjadi PM dengan menubuhkan pasukan khas untuk mencari dan membawa pulang semula semua wang rakyat yang disembunyikan di luar negara.

“Dalam tempoh saya jadi Perdana Menteri saya tubuhkan satu jawatankuasa recovery.

“Cari jalan macam mana nak dapat balik wang yang sudah pun terpusuk diceruk dunia mana? Alhamdulillah hampir lebih kurang 19 bilion saya dapat bawa balik semula masuk ke kantung kerajaan Malaysia. Kalau Najib masih kekal Perdana Menteri, saudara fikir dia bolehkah nak usahakan nak cari duit yang dia dah curi?” kata Muhyiddin semasa ceramah Pentas Anak Muda di Pagoh malam tadi.

Bagaimanapun, ia sangat menghairankan apabila Najib masih lagi dianggap suci oleh segelintir rakyat yang terpengaruh dengan penipuan dilakukan Najib yang kononnya tidak melakukan sebarang kesalahan walhal duit negara banyak yang hilang akibat perbuatan khianatnya.

“Ini (curi) dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO, agak memalukan saya ada orang UMNO dan sesetengah orang Melayu menyebut dia sebagai ‘Bossku’,” katanya lagi.

Jelas Muhyiddin lagi, semasa mentadbir negara sebelum ini, Menteri Kewangan akan memberitahunya kerajaan terpaksa membayar semua faedah akibat pinjaman yang dibuat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjumlah berbilion-bilion dengan menggunakan wang rakyat.

“Menteri Kewangan akan beritahu sir, we have to pay the interest. Bukan nak bayar yang pokok sahaja, (terpaksa) membayarkan faedah saja melibatkan berbilion ringgit,” katanya lagi.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Muhyiddin berkata kerajaan terpaksa membayar hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion selepas syarikat berkenaan gagal membayar hutang berkenaan kerana ia dijamin oleh kerajaan.

“Jumlah yang dibayar setakat Januari tahun ini berjumlah lebih RM13 bilion dan hutang yang dibayar itu menggunakan duit rakyat,” katanya pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Untuk rekod, Najib kini sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Najib juga sedang dibicarakan bersama-sama bekas CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasany, atas dakwaan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadap beliau.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir: Sesi pembelajaran 31 sekolah di Johor esok ditangguh
January 8, 2022
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
23 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
23 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok