Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja

March 16, 2023 · Isu semasa

Pendakwah terkenal yang juga penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan beberapa pihak supaya menghentikan perancangan halus memujuk anak muda Islam untuk berpindah kepada agama lain.

Beliau turut mengingatkan bahawa kesabaran umat Islam ada hadnya kerana Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

“Saya nak bagi tahu kepada pihak berkenaan ni. Kesabaran umat Islam ni dia ada had dia. Jangan terlalu dicabar.

“Saya bimbang apabila sengaja mencabar agama Islam yang dilindungi dalam Perlembagaan secara sengaja, bukan tak sengaja, secara sengaja dan dirancang secara halus dan secara strategik untuk memurtadkan orang Islam ini, saya fikir ini merupakan satu perkara yang sangat durjana, licik dan jahat dan perlu di dihentikan sebelum umat Islam ni hilang sabarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Penaja Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini (Khamis, 16 Mac 2023).

Terdahulu beliau mengiringi Badrul Hisham yang membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan daripada DAP, Hannah Yeoh, berhubung program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran sebuah badan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Berhubung program ziarah gereja itu, Ridhuan Tee berkata dalam konteks Semenanjung Malaysia, jarang dijumpai iklan gereja ini dalam bahasa Melayu.

“Tapi sejak kebelakangan ni kita nampak dia bertambah rancak. Saya melihat bahawa ini merupakan satu perancangan halus untuk merosakkan anak-anak muda ini walaupun mereka tahu ianya bercanggah dengan undang-undang dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Perbuatan ini mesti dihentikan dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan terhadap mereka yang menjalankan kegiatan sebegini. Dalam konteks negara kita, saya tidak bercakap soal negara lain… perkara ini sangat serius.

“Kita tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal orang bukan Islam di negara kita ini orang Islam sangat jarang campur tangan dalam hal ehwal orang bukan Islam.

“Tetapi mereka ini begitu berani hari ini untuk campur tangan menghasut dan dan juga memujuk anak-anak muda kita untuk untuk pergi kepadaagama mereka. Saya fikir perkara ini perlu dihentikan. Mereka kata kita rasis tapi saya rasa rasis dalam agama ni lebih bahaya daripada rasis bangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
NGO bawah KBS anjur program ‘Ziarah Gereja’, jemput belia bukan Kristian
March 13, 2023· Isu semasa
1,617 kes poligami tanpa kebenaran direkod di Selangor sejak 2019
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok