Isu kerjasama nuklear, Malaysia nyata kegusaran kepada Australia

September 18, 2021 · Isu semasa

Malaysia menyatakan kegusaran dan membuat pendirian penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia – United Kingdom – Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Aukus berkemungkinan akan menjadi punca kepada perlumbaan senjata nuklear.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata langkah tersebut akan mengundang provokasi dengan kuasa-kuasa lain dan menjadi pemangkin perlumbabaan persenjataan nuklear.

“Perdana menteri mengambil maklum perkara tersebut dan menegaskan pendirian Malaysia terhadap penubuhan Aukus ini.

“Beliau turut menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama Aukus yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, PMO juga berkata tidak mustahil langkah tersebut akan mengundang tindakan lebih agresif daripada negara berkuasa lain khususnya di Laut China Selatan.

“Pada masa yang sama, ia akan memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan,” kata kenyataan itu lagi.

PMO mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon telah memberitahu pendirian Malaysia kepada rakan sejawatnya dari Australia, Scott Morrison melalui panggilan telefon semalam dan menjelaskan Malaysia berpegang teguh pada deklarasi Asean pada tahun 1971 bahawa rantau itu akan menjadi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan).

Aukus dimaterai semalam dan akan menyaksikan ketiga-tiga negara itu bertukar teknologi dan risikan.

Namun, bahagian terpenting dalam perjanjian itu melibatkan UK dan AS membantu Australia menghasilkan kapal selam yang mempunyai kuasa nuklear.

Pada masa ini, hanya enam negara yang mampu menghasilkan senjata tersebut.

Kapal selam berkuasa nuklear lebih sukar dikesan dan mempunyai jarak sasaran lebih jauh daripada kapal selam diesel-elektrik.

Morrison telah menghubungi Ismail untuk menjelaskan keputusan Australia dalam menyertai Aukus.

PMO mengatakan Ismail dan Morrison telah memperbaharui komitmen untuk memastikan keamanan, terutama di Pasifik Indo ..

“Perdana Menteri Malaysia menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang provokasi serta persaingan senjata di rantau ini, selain menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian serta pendekatan sedia ada.

“Malaysia dan Australia bersetuju memperkukuhkan kerjasama dan konsultasi dalam pelbagai aspek, termasuk dalam bidang pertahanan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership),” kata PMO lagi.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Amaran ribut tropika kuat di Sabah: MetMalaysia
July 16, 2023· Isu semasa
Malaysia negara pelbagai kaum, tidak perlu dibahas : Muhyiddin
July 15, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok