Isu harga ayam belum selesai, isu daging babi pula dibawa bincang ke Kabinet esok

January 3, 2023 · Isu semasa

Jika sebelum ini isu kenaikan harga ayam menjadi tumpuan, kini kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) akan menumpukan bagi menangani kenaikan harga babi pula.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging babi, menjelang Tahun Baru Cina pada 22 Januari depan, akan dibawa untuk perbincangan mesyuarat kabinet esok.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) hari ini.

“MAFS dan KPDN akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat,” kata Salahuddin dalam satu hantaran di Facebooknya.

Dalam mesyuarat tersebut, MAFS diwakili oleh Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin.

Salahuddin berkata mesyuarat itu adalah yang pertama dihadirinya setelah hari pertama bekerja pada tahun baru 2023.

Sementara itu, Chan berkata dia telah mendengar berkaitan kegusaran pelbagai pihak berkenaan kestabilan bahan makanan menjelang Tahun Baru Cina, termasuk isu bekalan dan kos daging babi, dalam lawatan ke Sabah baru-baru ini.

“Kementerian-kementerian kami akan meneruskan kerjasama bagi memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil supaya kesejahteraan rakyat terus terjamin,” katanya.

Terdahulu, isu harga ayam mendapat perhatian orang ramai selepas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencadangkan supaya rakyat berhenti daripada membeli ayam sekiranya harga makanan asas itu terlalu mahal di pasaran.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok