Ismail Sabri pertikai akta baharu 3R, dibimbangi ikat kebebasan bersuara

August 5, 2023 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kembimbangan undang-undang baharu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang bakal digubal kerajaan akan mengikat kebebasan bersuara di negara ini.

Beliau juga bimbang ia akan menyekat kebebasan bersuara khususnya terhadap pihak media dalam pelaporannya sebagai mata dan telinga rakyat untuk kerajaan mentadbir lebih baik.

“Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan akan mengkaji kerelevanan undang-undang sedia ada selaras perkembangan semasa susulan peningkatan kes provokasi membabitkan 3R.

“Soalnya, perlukah undang-undang baharu berkaitan 3R diperkenalkan? Apakah undang-undang baharu ini akan menjamin kebebasan untuk terus bersuara dan tidak ada manipulasi oleh pemerintah?.

“Undang-undang baharu ini dibimbangi akan mengikat kebebasan bersuara, khususnya pihak media bagi memberi laporan terbaik kerana mereka mata dan telinga rakyat untuk kerajaan mentadbir dengan lebih baik,” katanya dalam kolum ‘Jalar Fikir’ yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini.

Bulan lalu, Azalina dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menggubal akta baharu, yang mungkin dinamakan Akta Negara dan Bangsa bagi menghukum pihak mempermainkan isu 3R.

Namun beliau akui beberapa akta seperti Akta Media dan Cetak 1984 serta beberapa seksyen dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu teliti semula.

Malah kata Ismail dalam pertemuannya dengan pengamal media baru-baru ini, mereka melahirkan kembimbangan terhadap perkara itu.

“Saya percaya pengamal media memiliki self censorship dalam isu-isu sensitif demi memastikan keamanan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan agar bersedia menghadapi ledakan digital terutama melalui media sosial yang menyebabkan wujudnya golongan seperti pempengaruh (influencer) dan laskar siber (cybertrooper).

Tambahnya, sebelum 2018 ada pihak menggunakan laskar siber menyerang kerajaan namun tiada tindakan dikenakan terhadap mereka berbeza dengan sekarang yang menyaksikan pengguna media sosial disekat kerana tidak sealiran dengan kerajaan.

Katanya, sekatan terhadap akaun media sosial pemimpin tertentu yang tidak sealiran dengan pemerintah sering kedengaran dan tindakan itu mengongkong hak serta kebebasan bersuara yang tidak wajar sama sekali.

“Sekiranya wujud unsur fitnah atau tohmahan sehingga mengancam ketenteraman awam, heret individu terbabit ke muka pengadilan melalui undang-undang sedia ada,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Proses penamaan calon PRK Pulai dan Simpang Jeram berjalan lancar: Polis
August 26, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
7 minit lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
15 minit lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
20 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
20 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok